Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Rakyat Diberi Kebenaran Rekod Gambar Atau Video Ketika Terima Suntikan Vaksin Di PPV

Kebenaran itu diberikan bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh dapat kadar vaksin yang sempurna.
nura
23 Jul 2021, 03:54 PM

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi kebenaran untuk rakyat merekodkan gambar atau video ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Khairy turut menjelaskan, kebenaran merakam proses penerimaan vaksin itu adalah bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna.

rakyat diberi kebenaran rekod gambar atau video ketika terima suntikan vaksin di ppv

"Untuk tidak berlaku apa-apa keraguan, saya telah mengarahkan pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan.

"Kedua, kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka.

"Anda boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa vaksin yang sempurna telah diberikan," jelas Khairy di sidang media hari ini.

Tambahnya lagi, kebenaran itu juga diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini. Malah semangat serta sokongan moral kepada petugas kesihatan juga tegasnya perlu dijaga.

 

 

"Saya mahu anda (petugas kesihatan) tahu, bahawa saya sentiasa ada di belakang anda. Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras anda semua tidak bermakna.

"Terima kasih semua petugas barisan hadapan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Program PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba di Putrajaya pada Jumaat.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.