Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tak Digalakkan Tidur Selepas Minum Madu, Antara Pantang Larang Yang Anda Perlu Tahu!

Kalau tak jaga pantang larang ini, ia mungkin menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman.
Editor
23 May 2021, 07:00 AM

Madu mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan dan sering sekali dijadikan sebagai makanan tambahan. Tapi tahukah anda, ada pantang larang yang tak boleh dilakukan selepas minum madu.

Ada orang mengatakan, kalau tak jaga pantang larang ini, ia mungkin menyebabkan masalah obesiti dan penghadaman. Apakah pantang larang ini?

1. Jangan tidur selepas minum madu

Ada orang yang nak menjaga kesihatan, akan cuba minum madu sebelum tidur. Tetapi sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi.

Satu sudu madu sekurang-kurangnya mempunyai 64 kalori sementara gula hanya mengandungi 49 kalori dalam jumlah sama.

Lebih baik minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti.

2. Elak makanan bergula selepas minum madu

Ramai menjadikan madu sebagai pengganti gula. Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, madu asli juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.

Namun, pengambilan madu berlebihan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Dinasihatkan, elak pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu.

3. Jangan minum madu dalam kedaan panas

Sebaik-baiknya jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya.

Masyarakat India juga percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh.

4. Jangan beri madu pada bayi

Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor.

Sumber: mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.