Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Menara Eiffel Di Paris Kembali Dibuka Selepas 104 Hari Ditutup Akibat COVID-19

Ini penutupan paling lama sejak Perang Dunia Kedua.
26 Jun 2020, 11:42 AM

Hot spot paling popular di Paris, Menara Eiffel kembali dibuka kepada pengunjung pada hari Khamis selepas 104 hari ditutup akibat penularan wabak COVID-19.

menara eiffel di paris kembali dibuka selepas 104 hari ditutup akibat covid-19

Pelancong dan pengunjung tempatan yang kembali melawat Menara tersebut diraikan dengan kemeriahan muzik dan kehadiran maskot. Ini merupakan penutupan paling lama bagi kawasan pelancongan tersebut sejak Perang Dunia Kedua.

Menurut Ketua Pengarah Menara Eiffel, Patrick Branco Ruivo, susulan penutupan akibat perintah berkurung di Perancis, syarikat pengendali kerugian hampir 27 juta Euro (RM129.56 juta).

"Kami akan melakukan pelbagai langkah penjanaan semula kerana kami kerugian 27 juta Euro semasa menara ini ditutup susulan perintah berkurung di Paris.

"Tetapi kami tetap optimis. Hari ini merupakan hari gembira buat kami.

"Dari pihak kami, seramai 800 kakitangan akan bekerja untuk melayan pengunjung yang datang," jelasnya.

menara eiffel di paris kembali dibuka selepas 104 hari ditutup akibat covid-19

menara eiffel di paris kembali dibuka selepas 104 hari ditutup akibat covid-19

Namun, mercu tanda terkenal itu dijangka tidak akan menerima kunjungan pelancong asing dalam masa terdekat ini oleh kerana beberapa sekatan yang masih dilaksanakan negara itu.

Malah, prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dilaksanakan bagi pengunjung masuk termasuklah kapasiti terhad dan memakai penutup mulut dan hidung.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.