Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

9 Maksud Sebalik Warna Kesukaan Anda

Setiap orang mesti ada warna kegemaran masing-masing.
Editor
13 Dec 2021, 11:05 AM

Setiap orang mesti ada warna kegemaran masing-masing. Kalau nak beli barang mesti akan cari warna favourite dulu. Betul tak? Tapi tahukah anda warna boleh mempengaruhi kehidupan dan karakter seseorang.

Ini sembilan jenis warna dan maksud sebaliknya.

  1. Biru

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Biru melambangkan ketenangan dan amat sesuai sebagai warna tema di bilik tidur. Selain membawa ketenangan, orang yang suka warna biru ini digambarkan sebagai seorang yang peka akan perasaan orang yang berada di sekelilingnya. Kebanyakan orang yang suka warna biru ini amat dihormati dan dikagumi oleh orang ramai.

  1. Merah

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Merah adalah warna yang melambangkan keghairahan. Merah juga dikaitkan dengan simbol cinta dan juga kebencian. Sesiapa yang meminati warna merah merupakan individu yang mempunyai keperibadian yang luar biasa. Mereka akan melakukan apa sahaja supaya dapat apa yang mereka inginkan. Mereka juga mempunyai sikap yang terbuka dan boleh menerima perkara yang baharu dalam hidup.

  1. Kuning

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Di Malaysia, kuning adalah warna diraja. Tetapi warna kuning amat simbolik dengan kegembiraan dan keceriaan. Warna kuning juga berkait rapat dengan kekuatan, sikap berwaspada dan ketelitian dalam melakukan sesuatu perkara. Individu yang suka akan warna kuning mempunyai sikap spontan dan toleransi yang amat tinggi.

  1. Oren

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Keriangan dan perasaan yang hangat boleh dikait rapat dengan warna oren. Sesiapa yang meminati warna oren, sifatnya lebih ceria dan ramah. Mereka juga bijak menarik perhatian orang sekelilingnya walaupun mereka kelihatan sedikit mengada-ngada ataupun gedik.

  1. Hijau

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Hijau melambangkan aura positif dan semulajadi. Warna yang simbolik dengan kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan. Ia memiliki sedikit persamaan dengan warna biru, dan sering membangkitkan rasa yang penuh kedamaian dan ketenangan. Individu yang minat akan warna hijau, biasanya bersikap positif dan santai dalam semua perkara. Mereka juga orang yang sangat penyabar dan selalu mengundurkan diri apabila berlaku sebarang perubahan di persekitarannya.

  1. Ungu

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Ungu melambangkan ketenangan, indidvidu yang gemar kan warna ungu seorang yang membantu meredakan suasana tegang. Selain itu, tahap keyakinan tinggi mereka amat berbeza dengan orang lain. Mereka juga seorang yang sensitive, mudah terluka tetapi amat meminati bidang seni.

  1. Hitam

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Negara Barat kebanyakkannya melambangkan warna hitam dengan kematian tetapi hitam adalah simbol kegagahan. Penggemar warna hitam menunjukkan mereka memiliki sifat kuat, tabah dan produktif.

  1. Putih

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Putih pula melambangkan keharmonian dan keseimbangan dalam penyatuan. Warna putih juga dianggap sebagai simbol kesucian dan kemurniaan hati seseorang itu. Individu yang gemar akan warna putih mempunyai keperibadian yang suka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

  1. Merah jambu

9 maksud sebalik warna kesukaan anda

Orang yang suka akan warna merah jambu mempunyai sifat yang lembut. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa penggemar warna merah jambu mempunyai pengharapan cinta kepada seseorang yang disayangi.

Jadi apa warna kegemaran korang? Sama tak dengan sifat peribadi korang?

Sumber: iamlejen.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.