Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bukan Je Enak Dimakan, Macam-Macam Boleh Dibuat Dengan Limau Mandarin

Bukan sahaja isi, tetapi kulitnya pun banyak kegunaan.
Editor
22 Feb 2018, 04:55 PM

Kredit gambar utama: Pexels

Musim Tahun Baru Cina ni mesti banyak limau mandarin. Kadang kala sehingga tak termakan. Hendak dibiar nanti busuk, sayang... Jika dimakan banyak pula, risau sakit tekak dan batuk. Rupa-rupanya selain untuk dimakan dan dibuat jus, ada banyak yang boleh anda lakukan dengan limau ni.

Kami kongsikan 7 idea ni untuk anda. Bukan sahaja isi, tetapi kulitnya pun ada banyak kegunaan. Tapi pastikan anda rendam dengan air dan garam terlebih dahulu untuk pastikan bebas daripada bahan kimia.

#1 Limau Celup Coklat

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: Food Network

Jangan ingat strawberi je sedap dimakan dengan coklat, limau mandarin pun tak kurang juga tau. Nak lagi sedap gunakan dark chocolate dan taburkan sedikit garam. Rasanya manis, masam, pahit dan masin. Memang sedap!

#2 Scrub

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: This Heart Of Mine

Banyak cara untuk buat scrub dengan menggunkana bahan semulajadi. Salah satu daripadanya dengan menggunakan kulit limau. Jemur kulit limau sehingga kering, proses ni makan masa berhari-hari. Setelah kering, blend sehingga halus dan masukkan ke dalam bekas bertutup. Ambil sesudu setiap kali nak guna dan campurkan dengan madu serta sedikit air atau susu.

#3 Bahan Perasa

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: The Herby Kitchen

Kulit limau sering digunakan sebagai bahan perasa. Selain parut kulit limau segar ke dalam masakan dan pemanis mulut, boleh juga keringkan kulit limau mandarin. Setelah kering simpan di dalam bekas bertutup. Hanya ambil beberapa keping setiap kali hendak digunakan. Kulit limau ini tahan bertahun-tahun jika dikeringkan dengan betul.

#4 Jem

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: Getty Stewart

Ada banyak jem di pasaran tetapi nak dapatkan yang sedap, agak mahal. Lebih baik buat sendiri. Rendam limau mandarin dalam air panas, asingkan isi dengan kulit, blend isinya sehingga hancur dan tapis. Pada masa sama, potong nipis sebahagian kulit limau dan sebahagian lain diblend halus. Masakkan air limau bersama kulitnya sehingga pekat, masukkan gula dan biarkan jem anda sejuk. Masuk dalam balang dan jem anda sedia untuk dimakan bersama roti atau dijadikan filling kek dan tat.    

#5 Salad & Salmon

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: Bowl of Delicious

Jemu dengan limau mandarin tetapi tak salah untuk mengubah selera dengan mencampurkannya dengan buah-buahan lain seperti ceri, nanas dan epal serta sedikit whipped cream. Anda juga boleh jadikan jus limau mandarin dan sedikit minyak zaitun sebagai dressing salad.  Nak sedikan salmon bakar atau stim, tetapi tiada limau nipis, cuka atau limau kasturi? Boleh je gunakan perahan limau mandarin dalam masakan anda.

#6 Pewangi

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: Honestly WTF

Tak perlu guna ubat gegat, hanya masukkan kulit limau ke dalam plastik atau kain kasa dan letakkan di dalam almari pakaian. Kulit limau mandarin pun boleh dijadikan pewangi kediaman dan lilin hiasan. 

#7 Halwa

bukan je enak dimakan, macam-macam boleh dibuat dengan limau mandarin

Kredit: Martha Stewart

Kulit limau dipotong secara memanjang, rebus sehingga mendidih, biarkan mereneh selama beberapa minit dan toskan. Panaskan air dan masukkan gula pasir. Biarkan sehingga gula cair dan pekat sebelum masukkan limau. Biarkan seketika dan masukkan kepingan limau ke dalam oven pada suhu rendah selama 30 minit untuk pastikan limau benar-benar kering.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.