Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Sebaknya! Anak Lihat Ibu Menghembuskan Nafas Terakhir Depan Mata

Sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, si anak sempat mengambil gambar terakhir mereka berpegangan tangan di ICU.
Editor
05 Jan 2021, 03:08 PM

Siapa yang tidak akan menahan sebak jika doktor memaklumkan bahawa ibunya hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk hidup. Ini yang dirasai oleh Anabel Sharma selepas dia dan ibunya telah dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut laporan Metro.co.uk, Anabel, 49 dan ibunya Maria Rico, 79 telah dimasukkan ke hospital pada pertengahan Oktober lalu sebelum ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) di London disebabkan kesukaran bernafas.

sebaknya! anak lihat ibu menghembuskan nafas terakhir depan mata

Namun dua minggu kemudian, kesihatan Maria makin merosot, selepas itu Anabel dan Maria disatukan dalam bilik yang sama.

Sebelum Maria menghembuskan nafas terakhir, Anabel dilaporkan sempat mengambil gambar terakhir mereka berpegangan tangan di ICU.

Tanpa diduga, ajalnya sudah tiba. 24 jam kemudian pada tanggal 1 November lalu, Maria meninggal dunia.

Mengimbau kembali pengalaman itu, Anabel mengakui itu adalah memori paling sedih yang dirasainya kerana kehilangan ibu tersayang akibat pandemik COVID-19.

sebaknya! anak lihat ibu menghembuskan nafas terakhir depan mata

"Semasa kami ditempatkan di ICU, kami tidak boleh berbual seperti biasa kerana masing-masing memakai peralatan oksigen. Jika membukanya, oksigen akan berada pada paras rendah, sekali gus menyukarkan untuk kami bernafas.

"Kami ada juga berbual tetapi menggunakan jururawat sebagai perantaraan," katanya pada Ahad.

Sumber: Awani 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.