Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Pengembara Lengkap Vaksin, Pernah Dijangkiti COVID-19 Tak Perlu Kuarantin Sebaik Tiba di Malaysia

Berkuatkuasa muali 13 Januari 2022
Aimi Amira Nordin
13 Jan 2022, 01:48 AM

pengembara lengkap vaksin, pernah dijangkiti covid-19 tak perlu kuarantin sebaik tiba di malaysia

Gambar fail BERNAMA

Bagi pengembara yang sudah lengkap vaksinasi serta pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas tidak diwajibkan untuk menjalani kuarantin apabila tiba di Malaysia bermula 13 Januari 2022. 

Bagaimanapun, bagi mereka yang sudah lengkap vaksin tetapi tidak mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 perlu menjalani kuarantin sebaik sahaja tiba di negara ini. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu diambil berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain mengawal sempadan.

Menurut Khairy, syarat-syarat yang ditetapkan adalah bukti penerimaan vaksin lengkap; bukti telah dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia serta keputusan negatif ujian saringan RTK-Antigen dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

Sementara bagi pengembara yang menerima rawatan di hospital pula, mereka, kata Khairy, perlu mengemukakan surat kebenaran perjalanan (fit to travel) daripada pengamal perubatan hospital berkenaan.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.