Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Syarikat Agribisnes Ni Nak Tawarkan Pulangan Dan Nilai Jangka Panjang Kepada Para Pemegang Sahamnya

Jangan ingat bidang asas tani ini tiada manfaatnya kepada rakyat Malaysia ya!
Dayana Sobri
02 Sep 2021, 09:43 AM

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Kalau anda nak tau, syarikat Agribisnes Kulim (Malaysia) Berhad baru-baru ini telah meraikan ulang tahunnya yang ke-88! Dan bersempena dengan itu, Kulim (Malaysia) Berhad telah melancarkan logo sebagai simbol perjalanan transformasi tersebut.

Logo baharu dengan tona biru kelabu ni melambangkan masa depan organisasi itu. Warna hijau epal dan limau kasturi pada logo tersebut melambangkan pertumbuhan dan nilai. Logo yang diperbaharui ini juga melambangkan era baharu bagi organisasi tersebut.

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini dilihat dari sudut positif sebagai peluang transformasi dan batu loncatan untuk menyesuaikan syarikat dengan keadaan semasa tanpa menggugat pertumbuhan syarikat.

Transformasi yang diperkenalkan adalah seperti sasaran mengukuhan perniagaan teras, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkat kecemerlangan operasi dan Tawaran Awam Awal  (IPO) pada tahun 2024.

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Kulim (Malaysia) Berhad telah membuktikan walaupun berhadapan dengan cabaran wabak Covid-19, syarikat ini berjaya mencatat peningkatan keuntungan sebanyak 17% iaitu RM1.21 bilion pada 2019 kepada RM1.41 bilion pada 2020.

Dan, jangan kata transformasi ini tidak memberi manfaat kepada masyarakat kerana keuntungan yang diperolehi syarikat ini digunakan untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak Covid-19 dan dijadikan sebagai sebahagian daripada sambutan ke-88 syarikat.

Pelancaran 2 kempen bagi memberi bantuan kepada penerima bersasar 

Sempena ulang tahun ini juga, terdapat dua kempen yang dilancarkan iaitu kempen #kulim88 yang bermula pada 6 hingga 29 Ogos 2021, dan #kulimpeduli bermula sekarang sehingga akhir Disember 2021. Bantuan ini disasarkan kepada 1,500 penerima di Malaysia.

Untuk menjayakan kedua-dua inisiatif ini, Kulim (Malaysia) Berhad berkolaborasi dengan pelbagai badan iaitu Yayasan JCorp, MyFundAction, dan agensi strategik tempatan Johor yang lain.

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Digitalisasi menjadi keutamaan dalam pelan transformasi Kulim pada masa mencabar yang belum pernah dihadapi oleh syarikat, industri, negeri dan negara sebelum ini. Kulim percaya bahawa digitalisasi akan memberi perkembangan dan lonjakan besar untuk meningkatkan pengurusan dan operasinya.

Mohd Faris Adli Shukery, selaku Pengarah Urusan Kulim (Malaysia) Berhad yakin bahawa beliau mampu membuat suatu anjakan paradigma yang positif terhadap perkembangan syarikat pada masa hadapan dengan memenuhi lima keperluan strategik syarikat, sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara dan memanfaatkan rakyat Malaysia.

Macam mana Program Transformasi Kulim (Malaysia) Berhad ni boleh memanfaatkan anda? 

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Demi memastikan kejayaan dalam perjalanan syarikat untuk menjadi sebuah syarikat agribisnes terkemuka dan tersenarai di Bursa Saham, Kulim kini sedang melalui fasa transformasi. Berikut merupakan inisiatif transformasi dengan lima keperluan strategik; iaitu

  • Menyelaraskan struktur perniagaan dan organisasi Kulim
    Penyelarasan struktur perniagaan Kulim Berhad merangkumi pelupusan perniagaan dan aset bukan teras, syarikat yang ‘dorman’ atau tidak aktif dan penambahbaikan struktur organisasi. Kulim Berhad menjangkakan initiatif ini dapat disempurnakan menjelang suku keempat tahun 2021.
  • Memperkukuhkan perniagaan teras
    Bagi mengukuhkan perniagaan mereka, Kulim Berhad sedang dalam proses untuk memperluaskan pengeluaran dan meningkatkan aliran pendapatan syarikat. Ini akan dilakukan bukan sahaja melalui pertumbuhan organik dan pengambilalihan tetapi mungkin termasuk kerjasama dan perkongsian dengan pihak ketiga. Syarikat tersebut juga akan menerokai untuk memasuki segmen hiliran dengan pemain hiliran yang mampan. Ini penting bagi Kulim Berhad untuk mendapatkan margin dikeseluruhan rantaian nilai.
  • Pengembangan perniagaan dengan memanfaatkan bidang agribisnes utama kumpulan
    Di samping itu, Kulim Berhad turut menerokai bidang pertumbuhan lain, yang akan memberi tumpuan kepada sektor pertanian merangkumi pertanian pintar atau bersepadu dan pengurusan ternakan. Kegiatan ini bertujuan untuk membolehkan Kumpulan mempelbagaikan hasil perniagaannya. Pada masa yang sama, ini juga membolehkan Kulim untuk memenuhi mandat demi menangani agenda keselamatan makanan bagi negeri dan negara.
  • Meningkatkan kecemerlangan operasi dengan menerapkan digitalisasi dan teknologi; dan
    Kulim Berhad sedang berusaha ke arah meningkatkan kecekapan operasi dan keupayaan mereka melalui penubuhan atau penggunaan piawaian emas dalam industri. Oleh itu, digitalisasi, mekanisasi dan automasi akan diberikan penekanan utama dalam operasi perniagaan Kulim untuk bergerak ke hadapan.
  • Penyenaraian Kulim (IPO) di Bursa Saham
    Dengan inisiatif transformasi, Kulim Berhad merancang untuk kembali di Bursa Malaysia apabila tiba masanya dan menawarkan Saham Terbitan Awam agar orang ramai boleh melabur dalam syarikat tersebut.

syarikat agribisnes ni nak tawarkan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang sahamnya

Kredit: KULIM (Malaysia) Berhad

Berpandukan inisiatif transformasi ini, Kulim (Malaysia) Berhad berusaha untuk mencapai matlamatnya dalam memberikan pulangan dan nilai jangka panjang kepada para pemegang saham serta pihak berkepentingan yang lain.

Untuk info lanjut, anda boleh layari laman rasmi Facebook KULIM (Malaysia) Berhad.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.