Gaji bulan Perdana Menteri, Menteri dan timbalan Menteri dipotong untuk disalurkan kepada tabung COVID-19, keputusan ini dilakukan selepas mesyuarat Kabinet yang bersidang pada Rabu lalu.
Menurut kenyataan dari pejabat Perdana Menteri, langkah yang dilakukan itu membuktikan kesungguhan kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas susulan penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Setakat ini, jumlah wang yang dikumpulkan termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48. Tabung COVID-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.