Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Jenis Wabak Yang Paling Dahsyat Dalam Sejarah Manusia

Ini antara lima pandemik terbesar dalam lipatan sejarah manusia.
Editor
17 May 2020, 10:31 AM

Istilah pandemik itu merujuk kepada wabak yang menyerang manusia dalam skop yang lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua, mahupun seluruh dunia jika dibiarkan tular.

Merentasi masa, pernahkan keadaan pandemik ini berlaku sebelum ini. Jawapannya, ya, pernah ada. Ini antara lima pandemik terbesar dalam lipatan sejarah manusia.

#1 Wabak Maut Hitam (Black Death)

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Wabak ini dipercayai bermula pada sekitar tahun 1346-1353 dan dikatakan meragut sekitar 200 juta mangsa, jumlah kematian yang paling ketara dari populasi pada ketika itu.

Separuh dari jumlah populasi mangsa korban Maut Hitam atau ‘Black Death’ merupakan warga Eropah.

Ia berpunca daripada sejenis bakteria dikenali ‘Yersinia pestis’ yang dipercayai sudah pupus pada zaman ini dan disebarkan oleh kutu.

Pesakit akan menunjukkan gejala-gelaja seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit yang kemudian bernanah sehingga mengeluarkan darah.

#2 Cacar Air (Small Pox)

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Wabak cacar air ini dikatakana bermula sejak zaman Empayar Mesir dan telah menyerang sekitar 56 juta populasi dunia.

Dari segi kefahaman info kesihatan, virus cacar air dikenali sebagai virus Varicella yang boleh menjangkiti melalui udara apabila seseorang itu menghidap penyakit cacar air itu mengalami batuk atau bersin.

Gejala seseorang yang dijangkiti virus ini difahamkan akan mengalami demam dan timbul ruam peluh.

Ia boleh merebak dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh. Dengan kecanggihan teknologi perubatan moden, cacar air, bagaimanapun, mampu dicegah dengan vaksin.

#3 Selesema Sepanyol (Spanish Flu)

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Seringkali mendengar tentang wabak ini di filem Hollywood tapi apa sebenarnya Spanish Flu ini. Wabak ini direkodkan mula merebak pada tahun 1918, dianggarkan telah meragut lebih 40 juta nyawa.

Meskipun diberi nama 'Spanish Flu', asal-usul penyakit ini bukan berasal dari negara itu.

Sebaliknya, ketika kemunculan wabak itu, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tidak ketat lantas penyebaran maklumat terlalu bebas.

Kesannya, penyakit itu disalah anggap berpunca dari negara itu sehingga kini namanya kekal pada nama Sepanyol.

#4 Wabak Justinian

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Jumlah kematian akibat wabak ini yang telah menyerang pusat pentadbiran Empaysar Byzantine masid menjadi perdebatan.

Namun, ramai masih mempercayai bahawa ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesar ke sebuag pekan pelabuhan yang bernama Pelusium.

Oleh kerana ia berlaku sekitar 541 tahun masihi (AD), banyak perkara yang tidak diketahui tentang wabak ini.

Menurut sejarah, Maharaja Justinian juga turut dijangkiti wabak itu dan berjaya sembuh.

Bagaimanapun, empayarnya jatuh dan lumpuh ketika wabak itu merebak.

#5 AIDS

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Secara umum terma HIV membawa maksud bagi singkatan ‘Human Immunodeficiency Virus’.

Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS dan kesannya memusnahkan sistem ketahanan badan.

Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun lalu, terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya meninggal dunia.

Fakta sejarah pula mengatakan virus yang wujud sehingga kini itu berpunca daripada monyet di Afrika.

Walaupun sudah beberapa dekad berlalu, vaksin untuk menghapuskan virus berjangkit ini masih belum ditemui.

5 jenis wabak yang paling dahsyat dalam sejarah manusia

Selain yang disenaraikan di atas, terdapat juga wabak-wabak yang popular dalam kalangan kita. Antaranya, SARS, H1N1, Ebola dan MERS.

Dunia ketika ini sedang berdepan dengan pandemik COVID-19, virus baharu yang berasal dari kumpulan koronavirus dipercayai mula dikesan di wilayah Hubei, China.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.