Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Tersalah Saiz Kasut Boleh Jejaskan Kesihatan? Ini Cara Pilih Kasut Yang Sesuai

Kekalkan keselesaan kaki dengan sepasang kasut yang terbaik.
03 Apr 2021, 06:00 AM

tersalah saiz kasut boleh jejaskan kesihatan? ini cara pilih kasut yang sesuai

Kredit: Skechers Malaysia

Kesilapan memilih kasut boleh merosakkan badan dan kesihatan secara keseluruhan. Kesannya anda tak dapat lihat sekarang terutamanya bagi golongan muda dengan tubuh badan sihat, tetapi akan mula dirasai apabila usia semakin meningkat. 

Sebab itulah penting untuk kita menyarung kasut yang diiktiraf oleh podiatris atau pakar dalam bidang kaki dan buku lali seperti Skechers Go Walk Arch Fit. Kasut ini bukan sahaja membuatkan penampilan anda kelihatan kasual dan sporty, tetapi Teknologi Arch Fit memberikan sokongan kepada tapak kaki.

Bentuk rekaan podiatris yang boleh ditanggalkan membantu anda menyarung kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Rekaannya yang selesa membantu mengurangkan tekanan dan berat serta tekanan di tapak kaki tengah dapat diagihkan dengan lebih sekata. 

tersalah saiz kasut boleh jejaskan kesihatan? ini cara pilih kasut yang sesuai

Kredit: Skechers

Koleksi Skechers Go Walk Arch Fit didatangkan dengan pelbagai stail yang sesuai untuk lelaki dan wanita, membuatkan anda tampil lebih bergaya dan pada masa sama memberi perlindungan pada lengkungan kaki.

Berbeza dengan kasut yang biasa anda gunakan di mana bahagian dalamnya agak licin dan membuatkan kaki anda mudah menggelungsur keluar, koleksi Skechers Go Walk Arch Fit dihasilkan dengan rekaan Stretch Fit® slip-on yang tidak licin. Malah anda berasa selesa dan selamat, seperti menyarung sarung kaki setiap kali memakainya.

Pelapik dalam kasut diperbuat daripada fabrik jalur beralur yang membenarkan aliran udara keluar masuk dengan mudah. Kaki akan terasa segar walaupun telah berjalan berjam-jam lamanya. Sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kaki berbau.

tersalah saiz kasut boleh jejaskan kesihatan? ini cara pilih kasut yang sesuai

Kredit: Skechers Malaysia

Skechers Go Walk Arch Fit memang ringan walaupun diperbuat daripada beberapa lapisan untuk memberi anda keselesaan. Ditambah pula dengan lapisan kusyen ULTRA GO® dan Comfort Pillar Technology® yang responsif dan melantun, untuk keselesaan optimum dan memberi sokongan kepada kaki.

Fabrik bahagian luarnya memberikan cengkaman kukuh dengan dwi-densiti untuk kestabilan maksimum dan bagi mengelakkan anda tergelincir. Setiap kasut diletakkan logo detail Skechers® dan Arch Fit®. Kasut ini tidak sukar dijaga, malah anda boleh membasuhnya di dalam mesin basuh.

Anda dah jumpa kasut yang sesuai? Kalau belum, ini kami kongsikan tip untuk mencari kasut yang benar-benar sesuai dengan anda.

#1 Saiz tumit yang betul untuk keselesaan maksimum

Bahagian tumit kasut kebiasaannya diperbuat daripada plastik, foam atau getah yang memberikan sokongan di bahagian tumit dan pada masa sama mengurangkan tekanan. Pastikan kasut yang dipilih tersarung selesa di tumit dan tidak bergerak-gerak apabila anda berjalan.

#2 Pastikan ada sokongan lengkungan kaki yang baik

Kasut seperti sandal, kasut sarung atau kasut tinggi memang kelihatan selesa dan stailo tetapi tidak mempunyai sokongan pada lengkungan kaki. Pastikan pelapik dalam kasut selesa, atau anda mungkin perlu meletakkan pelapik dalam tambahan untuk memberi keselesaan.

#3 Pastikan kasut anda tidak memberi tekanan kepada tulang metatarsus

Tumit dan ibu jari kaki juga memerlukan sokongan yang betul. Cari kasut dengan lapisan tebal bagi membantu memberi efek spring dalam setiap langkah dan pada masa sama tidak memberi tekanan pada kaki setiap kali melangkah.  Lapisan tebal itu tadi boleh menyerap hentakan dalam setiap langkah—mengurangkan tekanan pada kaki dan buku lali.

#4 Saiz yang betul… terlalu besar atau terlalu kecil boleh menyebabkan kecederaan dan kesakitan

Apabila membeli kasut, sentiasa pastikan anda mencubanya terlebih dahulu. Apabila menggunakan kasut yang terlalu besar, buku lali akan terseliuh atau anda hilang keseimbangan dan jatuh.

Kasut yang terlalu ketat pula boleh menyebabkan masalah kematu dan hammer toe. Dalam sesetengah keadaan, anda mungkin mengalami cagu! Jadi, pastikan ada sedikit ruang untuk menggerakkan ibu jari semasa mencuba kasut.  

#5 Tak perlu terlalu mengikut petua orang lama

Kasut mestilah selesa sejak awal digunakan, bukanlah bertukar selesa selepas ‘digigit’. Bukan juga bertukar menjadi selesa selepas digunakan beberapa kali, mengembang dan muat sempurna. Menurut pakar, kita tidak perlu ikut petua lama, hanya pastikan kasut yang hendak digunakan adalah selesa sejak kali pertama anda mencubanya.

#6 Jangan lupa berjalan di sekitar kawasan anda berdiri semasa mencuba kasut baru

Jangan sekadar duduk dan cuba kasut baru, sebaiknya berjalan beberapa langkah di sekitar kedai untuk pastikan kasut tadi benar-benar selesa.

Cubalah Skechers Go Walk Arch Fit hari ini!

tersalah saiz kasut boleh jejaskan kesihatan? ini cara pilih kasut yang sesuai

Kredit: Skechers

Inginkan keselesaan maksimum? Cubalah kasut Skechers Go Walk Arch di kedai Skechers berhampiran anda dan rasai sendiri betapa selesanya kasut ini.  

Dapatkan sepasang Skechers Go Walk Arch Fit untuk anda dan pasangan, hari ini pada harga RM399 di kedai Skechers terpilih atau secara online di laman web Skechers’ official, Shopee dan Lazada.

Layari www.SKECHERS.com.my atau Facebook Skechers Malaysia untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.