Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Kerana Kesilapan Ni, Misi Turunkan Berat Badan Secara Sihat & Pantas Gagal!

Paling stress bila berat turun naik macam yoyo!
 
10 Nov 2020, 06:00 AM
tip turun berat badan secara pantas & sihat

Kredit: Freepik

Kurus atau gemuk bukanlah penanda aras tahap kesihatan seseorang tetapi untuk kekal sihat, seseorang individu itu perlulah mempunyai berat badan ideal dengan indeks jisim tubuh (BMI) di tahap normal iaitu antara 18.5 hingga 24.9.

Ada orang tiada masalah untuk mendapatkan berat badan ideal, ada pula yang dah melakukan pelbagai cara tetapi segala usaha belum menampakkan hasil.

Untuk anda yang sedang mencari kaedah terbaik turunkan berat badan dengan cara pantas dan sihat, ini kami kongsikan tip yang boleh anda lakukan:

#1 Jauhi gula

Agak sukar dilakukan, tetapi tidak mustahil. Buat permulaan, hentikan pengambilan minuman dan makanan tinggi gula seperti minuman 3 dalam 1, air gas dan minuman dalam tin serta kotak.

Kemudian, kurangkan kuantiti pengambilan gula harian sedikit demi sedikit sebelum anda hentikan pengambilan gula dalam diet harian. Usah risau badan kekurangan gula kerana dalam nasi yang diambil itu pun mengandungi karbohidrat kompleks yang boleh diurai menjadi gula bagi memberi tenaga kepada tubuh.

#2 Makan sikit tetapi kerap

Ramai yang ingin berdiet sampaikan takut nak makan. Akibatnya mereka jadi terlalu lapar dan makan dalam kuantiti yang banyak. Sebaiknya makan sehari 6 kali. Selain tiga waktu makan utama, masukkan snek di antara waktu makan seperti yogurt, buah-buahan dan kekacangan.

#3 Makanan proses

Makanan proses tinggi kandungan lemak, garam dan gula. Hentikan pengambilan makanan proses atau segera, sebaiknya pilih makanan asli. Sebagai contoh, gantikan jus buah segera dengan jus buah yang dikisar sendiri. Begitu juga dengan ayam cincang yang boleh didapati dengan mudah, sebaiknya kisar sendiri dada ayam. Ini kerana kita tidak mengetahui berapa peratusan lemak dan daging yang digunakan di dalam ayam cincang yang dijual di pasaraya. 

#4 Suku-suku separuh

Sediakan makanan mengikut prinsip suku-suku separuh iaitu berasaskan komposisi 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat dengan teknik merebus, kukus dan panggang. Jangan makan terlalu sedikit dan pastikan anda lebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan.

#5 Senaman

Inginkan kesan yang lebih cepat kenalah bersenam. Bukan je baik untuk kesihatan jantung tetapi membuatkan anda rasa sihat bertenaga. Tak mampu buat senaman yang sukar, memadai dengan berjalan kaki 10,000 langkah setiap hari, berbasikal, membuat senam robik atau bermain tali skipping.

#6 Minum air secukupnya

Ini pun penting ya! Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain haus, kadang kala perut yang kelaparan pun petanda badan kurang air.

#7 Konsisten

Dalam apa pun regim kurus, janganlah buat separuh jalan. Kenalah konsisten dan jangan mudah berputus asa walaupun keputusannya tidak seperti yang diharapkan. Yang penting jangan berhenti.

Nampak macam mudah kan? Yang penting, anda kenalah mempunyai azam yang kuat untuk dapatkan berat badan ideal. Sentiasa ambil tahu setiap makanan yang masuk ke dalam mulut. Jadikannya gaya hidup baharu untuk kekal sihat dan bertenaga. Dan paling penting, dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh turunkan berat badan dengan pantas tetapi dapat jalani gaya hidup sihat.  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.