Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Apa Yang Ada Dalam Air Yang Kita Minum?

Bolehlah minum air yang betul-betul bersih macam Park Seo Jun
Izza Yatim
19 Aug 2021, 06:00 AM

apa yang ada dalam air yang kita minum?

Kredit: SK magic

Semua orang pun perlukan air, tidak kiralah orang biasa mahupun yang berstatus tinggi. Artis Korea macam Park Seo Jun pun minum air. Di Malaysia, 95 peratus daripada sumber air datangnya daripada air permukaan, manakala air bawah tanah menyumbang sebanyak 5 peratus.

Air yang anda minum telah melalui beberapa fasa pembersihan dan penyulingan agar ianya benar-benar selamat untuk diminum. Bila dilihat dengan mata kasar, air yang keluar dari pili kelihatan jernih. Tetapi sejauh mana anda yakin dengan kebersihannya? Tahukah anda apa yang terkandung di dalam air yang anda minum, digunakan dalam masakan dan kerja-kerja mencuci? Ada banyak bakteria dan bahan kimia antaranya:

Bakteria, virus dan cacing

Sumber utamanya adalah daripada najis manusia dan haiwan. Selain itu kumpulan cacing, sianobakteria yang boleh menghasilkan bahan toksin dan bakteria Legionella juga antara yang boleh dijumpai di dalam air.

Flourida

Kuantiti kecil tidak merbahaya tetapi jika terdedah kepada kuantiti besar boleh menyebabkan masalah gigi dan tulang.

Arsenik

Bahan-bahan berbahaya seperti uranium dan selenium boleh menyebabkan kita terdedah kepada risiko kanser dan masalah kulit.

Nitrat

Kandungan bahan ini adalah berpunca daripada baja dan bahan buangan pertanian. Jika diambil dalam kuantiti tinggi boleh menjejaskan fungsi oksigen dalam darah, menyebabkan anemia, masalah kardiovaskular dan methemoglobinermia (blue baby syndrome).

Plumbum

Berlaku disebabkan oleh tindak balas air yang tinggi kadar keasidan dengan plumbum pada sistem perpaipan, sebelum masuk ke tubuh badan pengguna. Pendedahan kepada Plumbum secara berlebihan boleh membahayakan kesihatan terutama kepada kanak-kanak dan ibu mengandung kerana kandungannya boleh terkumpul di dalam badan.

Untuk orang dewasa, Plumbum boleh menyebabkan masalah kardiovaskular, meningkatkan tekanan darah, menjejaskan fungsi buah pinggang dan mengganggu sistem pembiakan.

Selain itu kandungan mineral dan heavy metal seperti sodium, magnesium, potassium, kalsium, kromium, iron, kuprum dan kadmium juga boleh dijumpai di dalam air.

Sememangnya air yang kita gunakan setiap hari mengandungi bahan cemar tetapi dalam kuantiti kecil.

Iyalah, menurut repot Jabatan Alam Sekitar 2017, sebanyak 63.94 peratus sungai di Malaysia berada dalam Kelas II manakala 30.19 dalam kelas III dengan bahan cemar utama adalah biochemical oxygen demand daripada pembentungan, agro dan kilang, nitrogen ammonia dari ladang haiwan dan domestik. 

 

Ha, sebab itu kita perlukan penulen air JIKSOO Ria dari SK magic yang mempunyai ciri-ciri unik iaitu:

#1 Diperbuat daripada teknologi tanpa tangki JIKSOO

#2 Dilengkapi fungsi sistem pemanasan dan penyejukan serta pensterilan UV tab air

#3 Dengan butang sentuh mesra pengguna dan kunci keselamatan kanak-kanak untuk air panas dan sejuk

#4 Kawalan isipadu dengan satu sentuhan (120ml & 1000ml)

#5 Saiz kompak hanya 21cm lebar. Muat diletakkan di mana-mana!

#6 Reka bentuk estetik disertai dengan panel paparan mesra pengguna

Penulen air tanpa tangki berteknologi JIKSOO dari SK magic juga menggunakan pemampat penyongsang (inverter compressor) dengan teknologi penyejukan dan pemanasan segera. . Penggunaan tenaganya juga jauh lebih rendah pada 730Wh dengan anggaran bil serendah 16 sen setiap hari, bersamaan dengan RM5 sebulan berbanding penulen air lain di pasaran.

 

 

Pencemaran bakteria dalam air yang disimpan di dalam tangki boleh terjadi sepantas 24 jam, walaupun tangki tersebut telahpun memenuhi piawaian penyimpanan air WHO. Dengan penulen air tanpa tangki SK magic ini, anda dapat air segar mengalir melalui keluli tahan karat yang tahan lama dan bebas bakteria.

 

 

Kajian juga menunjukkan bahawa pencemaran mikroplastik di Malaysia semakin meningkat dan berleluasa dalam air minuman!

Teknologi JIKSOO yang canggih yang ada pada penulen air JIKSOO Ria dari SK magic ini menggunakan pensterilan UV automatik bagi menghapuskan bakteria dan menyaring bahan tercemar dengan sistem penyaringan nano 0.0001nm. Sebab itulah penulen air yang berteknologi JIKSOO merupakan satu-satunya sistem tanpa tangki yang dapat menyaring 100% mikroplastik!

Hebat kan? Park Seo Jun pun jatuh cinta dengan penulen air JIKSOO Ria ni!

apa yang ada dalam air yang kita minum?

Kredit: SK magic

Inginkan air yang bersih dan selamat? Jom cuba JIKSOO Ria pada harga RM75 sebulan!

apa yang ada dalam air yang kita minum?

Kredit: SK magic

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan penulen air JIKSOO Ria pada harga sewa bulanan istimewa RM75 (harga pembelian RM3,800). Layari laman web rasmi SK magic, follow @myskmagic_di IG dan Facebook untuk info terkini!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.