Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

1 Daripada 5 Kanak-Kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Ketahui bagaimana anak anda boleh mencapai tumbesaran optimum.
25 Sep 2020, 02:45 PM

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: Freepik

Kebanyakan orang percaya bahawa tumbesaran kanak-kanak ditentukan oleh genetik. Disebabkan oleh kepercayaan ini, ramai ibu bapa yang tak sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh nutrisi dalam membantu anak-anak mencapai tumbesaran optimum.

Hakikatnya, genetik hanya menyumbang sebanyak 20% bagi keseluruhan tumbesaran. Sebaliknya, nutrisi pula memainkan peranan besar dalam perkembangan fizikal kanak-kanak, terutama sekali bagi lima tahun yang pertama, kerana ia menyumbang sebanyak 80% kepada pertumbuhan kanak-kanak. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: Today’s Parents

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional 2019: Kesihatan Ibu dan Anak, sebanyak 21.8%, iaitu 1 dalam 5 kanak-kanak Malaysia di bawah lima tahun dilaporkan terbantut, suatu peningkatan yang agak banyak daripada 17.7% pada tahun 2015 dan 16.6% pada tahun 2011.

Apa itu tumbesaran yang terbantut?

Tumbesaran yang terbantut merujuk kepada situasi di mana kadar ketinggian dan/atau kenaikan berat badan adalah lebih perlahan (ketika zaman kanak-kanak) daripada yang sepatutnya bagi usia dan jantina kanak-kanak tersebut.

Dalam kata lain, tumbesaran yang terbantut ialah pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak yang terjejas akibat pengambilan nutrisi yang kurang/tidak baik, jangkitan yang berulang, dan rangsangan psikososial yang tidak mencukupi.

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: Freepik

Kesan tumbesaran yang terbantut di kalangan kanak-kanak

Jika dibiarkan, defisit pertumbuhan dalam lima tahun pertama seseorang kanak-kanak boleh mencapai hingga 8cm! Dalam kata lain, ketinggian kanak-kanak ini rendah berbanding yang sepatutnya bagi umurnya, selain memberi kesan kepada kesihatan, pendidikan dan produktiviti mereka dalam jangka panjang.

Sayangnya, seramai 57% ibu bapa di Malaysia tidak peka tentang isu pertumbuhan di kalangan kanak-kanak. Sebagai ibu bapa, inilah masanya untuk anda mula mengambil berat tentang pengambilan nutrisi anak-anak anda.

Apa yang ibu bapa boleh lakukan agar anak-anak mencapai tumbesaran yang optimum?

#1 Sediakan hidangan yang seimbang dan sihat

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: PediaSure

Lima tahun pertama anak-anak anda adalah yang terpenting, jadi pastikan anda sediakan hidangan makanan yang seimbang dan sihat serta kaya dengan nutrisi bagi mengoptimumkan perkembangan fizikal mereka.

#2 Pelan pemakanan yang baik

Anda boleh rujuk kepada piramid makanan bagi nutrisi yang berpatutan untuk anak-anak. Ini ialah contoh pelan pemakanan yang digalakkan:

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: PediaSure

#3 Amalkan kebersihan yang baik

Pastikan juga anak-anak anda mengamalkan kebersihan yang baik, lebih-lebih lagi apabila bermain di luar rumah.

#4 Pastikan anak-anak mendapat tidur yang secukupnya

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Kredit: Freepik

Tidur yang mencukupi amat penting bagi memastikan anak anda kekal bertenaga, sekaligus menggalakkan perkembangan fizikalnya. Untuk kanak-kanak berumur 1-2 tahun, mereka memerlukan tempoh tidur selama 11-14 jam. Bagi kanak-kanak berumur 3-5 tahun pula, mereka memerlukan tempoh tidur selama 10-13 jam.

#5 Berikan anak suplemen yang lengkap, seimbang & enak!

1 daripada 5 kanak-kanak di malaysia mengalami tumbesaran terbantut

Jika ibu bapa risau tentang tumbesaran anak dan ingin memberikan mereka nutrisi yang lengkap dan seimbang supaya mereka boleh mencapai tumbesaran optimum, ibu bapa boleh memberikan suplemen #1 yang disyorkan oleh pakar iaitu PediaSure, yang kini menawarkan Perisa Asli Baharu dengan 0% sukrosa.

PediaSure mengandungi Arginina, Vitamin K2 semula jadi, kalsium dan 25 nutrisi penting bagi membantu anak anda mencapai tumbesaran ketara dalam masa 8 minggu, sama seperti Perisa Vanila dan Coklatnya. Selera makan anak anda juga bakal meningkat dalam masa 4 minggu. Selain itu, PediaSure juga meningkatkan kesihatan usus untuk mengurangkan hari sakit dalam masa 16 minggu.

#6 Peka dengan pertumbuhan fizikal anak-anak

Sebagai ibu bapa, anda harus peka dengan pertumbuhan fizikal anak-anak dengan kerap mengambil berat badan dan mengukur ketinggian anak-anak pada carta tumbesaran sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Anda boleh ketahui jika tumbesaran anak anda berada di landasan yang betul untuk mencapai ketinggian optimum apabila mereka dewasa dengan pergi ke klinik pakar pediatrik atau semak anggaran ketinggian di laman web PediaSure.

Semua tindakan ini boleh membantu anda dalam memastikan anak anda tidak termasuk dalam statistik, jadi mulailah peka dengan pengambilan nutrisi mereka hari ini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.