Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

5 Buah Ini Hanya Ada Di Sabah Dan Sarawak

Sesetengahnya pula buah bermusim... Memang susah nak dapat.
Editor
16 Jul 2018, 05:58 PM

Kredit gambar utama: blogmardi.wordpress.com

Sekarang ni kan tengah musim buah. Ada yang sanggup meredah lebuhraya beratus kilometer untuk menikmati durian paling sedap, rambutan paling manis dan manggis sedap serta murah. Siapa yang boleh tahan, kalau setiap hari raja buah lalu lalang di timeline Facebook, kan?

Tu di Semenanjung, orang Sabah Sarawak pula tentunya teruja nak nikmati 5 buah-buahan ni yang hanya boleh dijumpai di sana. Anda pernah dengar atau rasa buah-buahan ni?

#1 Buah Tarap

5 buah ini hanya ada di sabah dan sarawak

Kredit: thekebun.wordpress

Rupanya seperti cempedak, tetapi bentuknya lebih bulat dan rasanya pula seakan buah mangga manis. Buah bermusim ini mudah didapati di Sabah dan Sarawak.

#2 Dabai

5 buah ini hanya ada di sabah dan sarawak

Kredit: myMetro

Bolehlah dikatakan sebagai buah zaitun hitam Sarawak kerana rupanya seakan buah zaitun, tetapi rasanya lemak-lemak manis seakan avokado. Selain dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan garam atau kicap, buah ini boleh dijadikan nasi goreng dabai, pes atau ais krim.

#3 Bambangan

5 buah ini hanya ada di sabah dan sarawak

Kredit: flickr/surieaziz

Seakan mangga atau kuini. Bau buah ini kuat, kulitnya tebal dan isinya pula berwarna kuning keemasan. Selain dimakan terus, buah ini boleh dimasak bersama ikan.

#4 Buah Engkalak

5 buah ini hanya ada di sabah dan sarawak

Kredit: flickr/za8home

Berwarna merah jambu dan banyak di kepulauan Borneo. Rupanya seakan manggis tetapi warnanya berbeza. Rasanya masam, pahit dan kelat dan sedap dicicah garam.

#5 Belimbing Hutan Atau Ucong

5 buah ini hanya ada di sabah dan sarawak

Kredit: sorotborneo.blogspot

Bentuk buahnya seperti putik bunga belum berkembang. Isinya putih, buahnya berwarna merah atau pink setelah masak dan rasanya pula ada yang manis dan ada yang masam. Spesies buah hutan ini kelihatan seperti belimbing.

Buah-buahan ni mungkin pelik kepada orang Semenanjung tetapi bagi orang Sabah Sarawak, kehadiran buah-buahan ini cukup dinanti. Ha, lepas ni kalau anda ke Sabah atau Sarawak, jangan lupa cari buah ni ya. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.