Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

omnomnom

Teknik Memilih Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Editor
22 Jan 2018, 02:30 PM

teknik memilih yang anda mungkin tak tahu

Anda biasa tak nak makan isi durian yang manis dan berlemak tapi selalunya mesti dapat yang tak seperti kita inginkan?? Haa sebab tu orang cakap, nak beli buah durian ada cara-caranya. Jangan main beli je tau! Korang kena pandai pilih buah durian untuk memastikan isinya berlemak dan manis. Jadi, untuk mengelakkan korang ditipu ketika membeli durian, kami sediakan 9 tips yang mungkin berguna bagi mereka yang gemar akan buah durian.

Durian ni banyak jenis tau, ada D101, D2, Raja kunyit, Durian Udang Merah dan sebagainya.. setiap jenis berlainan size, kulit dan juga harga yang berbeza. Jom kenali durian dengan cara ini : 

1. Lihat Tangkai

Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu. Nak tahu isi tebal atau tidak?? Korang cungkil kulit tangkainya dengan kuku, jika tebal, maka isi dalamnya juga tebal. Nak tahu isi kuning atau tidak, korang tengok dibahagian dalam kulitnya. Jika kuning maka isinya juga turut berwarna kuning. Tapi awas! Ada juga sesetengah penjual mencelup durian dalam pewarna kuning untuk memastikan tangkainya berwarna kuning. Jadi korang kena pandai pilih tau !

2. Perhatikan duri durian

Kenapa dengan duri? Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang padat. 

3.  Pilih yang ringan

Kenapa pilih yang ringan? Sebab, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair , busuk atau sudah tidak elok. 

4. Kulit

Jangan pilih yang sudah retak atau durian yang sudah pecah di hujungya. Sebab? Durian yang sudah pecah kebanyakannya sudah tidak elok dan berasa masam. Durian ini sesuai dijadikan sebagai tempoyak.

5. Pukul-pukul durian

Korang pukul dan pastikan ia berbunyi “ bluk-bluk” bergema. Itu untuk memastikan durian itu sudah matang atau tidak. Nak tahu durian itu matang atau tidak, korang ketuk dan dengar pula bunyinya seperti “plek-plek”, Haaa itu bermaksud durian masih belum matang. 

6. Goncangkan

Korang letak kedua tapak tangan pada buah durian , pegang dengan erat dan goncang perlahan-lahan. Jika korang dapat merasakan getaran kecil, ia bermakna isi durian itu matang dan kering.  Isi yang kering ini akan terpisah dari kulit durian , manakala isi yang lembab, lunak, berlemak akan melekat pada dinding kulit durian. Ini tips untuk memilih isi durian yang berkualiti. 

7. Pilih yang ada 5 pangsa

Apa itu pangsa? Korang lihat dari permukaan kulit durian, ia kelihatan garis dari bahagian atas sampai bahagian bawah. Durian yang dideal dan elok, ada 5 pangsa dan isinya lebih banyak berbanding durian lain yang mempunyai 6 pangsa atau lebih. 

8. Ambil yang bulat

Durian yang bentuknya bulat bermkasud isinya besar dan banyak. Durian bujur kebiasannya isinya sedikit sahaja. Durian berbentuk lonjong pula isinya lebih manis dan sedap. 

9. Jangan lupa cium bau durian

Senang sahaja, durian yang berbau kuat, kemungkinan buahnya besar, manis dan matang. Jadi nak pilih durian, kena bau dulu tau! Kalau tiada bau, durian itu mungkin masih belum masak dan isinya sudah masuk angin. Bila masuk angin, isi akan jadi tawar hambar. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.