Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Hijab Bukan Penghalang Bagi Stephanie Kurlow Menjadi Ballerina Berhijab Pertama!

Kisah inspirasi anak muda ini mampu membuka mata masyarakat
nura
08 Mar 2021, 02:00 PM

Sempena Hari Wanita pada tarikh 8 March hari ini. Kita meraikan kehebatan wanita dalam mencapai cita-cita. Ini adalah kisah inspirasi Stephanie Kurlow yang mampu membuka mata masyarakat dunia. Beliau adalah seorang gadis dari pinggir bandar yang menjadi viral dalam sekelip mata dan diberi gelaran sebagai Ballerina Berhijab Pertama di Dunia.

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Stephanie pernah mempunyai niat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ballet. Tetapi disebabkan rasa cinta dan sayang terhadap seni tarian ballet, Stephanie kembali semula dengan penampilan baharu yang lebih sopan. Stephanie mula melabuhkan skirt tutunya supaya dapat memakai bersama hijabnya. 

Jadi apa pengajaran yang boleh kita pelajari dari seorang gadis kecil yang baru sahaja mengenali keindahan Islam ini?

1. Berani bermimpi

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Angan-angan ataupun cita-cita yang tinggi bukan sahaja mimpi indah tetapi boleh dijadikan realiti. 

Tidak mahu mengalah dengan peraturan pakaian ballet biasa, Stephanie mula mempunyai impian untuk menjadi ballerina berhijab profesional yang pertama di dunia. Dia juga pasti merasa takut gagal, tetapi tetap berani memasang impian yang tinggi.

2. Berani untuk bermula

Kesungguhan dan keberanian kita untuk mencapai cita-cita itu boleh dibuktikan dengan perbuatan yang dilakukan. Stephanie amat mencintai seni tarian ballet tetapi tiada sekolah balet yang sudi menerimanya oleh kerana penampilannya memakai hijab.

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Namun, keadaan ini tidak mematikan semangat Stephanie. Dia teruskan menari di laman belakang rumahnya, di sekolah serta studio latihan ibunya. Menerusi program Launch Good, dia menarik perhatian dunia untuk mengumpul dana sebanyak RM41,000 untuk membayar yuran sekolah ballet selama setahun dan menjadi ballerina berhijab profesional yang pertama di dunia.

3. Jangan berhenti untuk mencuba

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Teknik tarian ballet kelihatan mudah tetapi sebenarnya tidak. Stephanie turut menerima kritikan dan kecaman hebat dalam usahanya untuk bergelar ballerina berhijab pertama. Dalam usia semuda 18 tahun, Stephanie tidak mudah mengalah dengan semua kritikan ini.

Baginya kejatuhan, kesakitan, kritikan dan diketawakan adalah harga yang perlu kita bayar terlebih dahulu demi sebuah kejayaan.

4. Menjadi inspirasi kepada orang lain

Stephanie ingin memberi harapan kepada orang ramai yang ingin mempelajari ballet tanpa mengira latar belakang keluarga, bangsa mahupun agama.

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Seni ballet bukan terletak pada pakaian tetapi pada disiplin ketat yang melentur jiwa dan ketahanan seseorang ballerina. Stephanie menghantar mesej jelas kepada dunia bahawa seni tarian ballet boleh menyatukan ramai orang dan boleh dijadikan sebagai medium menyampaikan dakwah bagi Stephanie sendiri

Dengan memakai skirt tutu separas buku lali, baju berlengan panjang serta berhijab, Stephanie kelihatan manis dan dapat menawan hati ramai orang di seluruh dunia dengan kisah inspirasi balletnya ini.

5. Kekal berprinsip

Ramai yang boleh mencapai cita-cita menjadi seorang penari ballet profesional. Meskipun, Stephanie baru memeluk Islam pada usia 10 tahun, Stephanie tetap memegang prinsip bahawa hijab dapat melindungi dirinya sebagai seorang wanita, dan hijab bukanlah alasan yang membatasi kebolehan yang ada pada dirinya.

 

 

Menjadi seorang muslim membuatkan Stephanie kelihatan berbeza berbanding ballerina yang lain. Namun, penampilannya tetap nampak lembut tetapi masih kelihatan sopan.

Pemakaian hijab membuatkan Stephanie berasa bangga dengan keunikan dirinya. Serta percaya bahawa hijab menyerlahkan keyakinan dan kekuatan dalam dirinya.

hijab bukan penghalang bagi stephanie kurlow menjadi ballerina berhijab pertama!

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.