Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Tiga Anak Orang Asli Ini Harumkan Nama Negara Dalam Bidang Sukan

Kejayaan orang asli dalam pelbagai bidang memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Editor
20 Nov 2017, 12:49 PM

Kredit gambar utama: kualalumpur2017.com.my & Malay Mail

Orang asli di Malaysia kini semakin ramai menempa kejayaan di dalam pelbagai bidang antaranya keusahawanan dan koperasi, sektor profesional malah ada yang berjaya dalam bidang sukan dan politik.

Bakat dan usaha masyrakat ini seharusnya tidak dipandang remeh kerana mereka merupakan tulang belakang kepada transformasi negara. Malah orang asli di Malaysia kini semakin menikmati kualiti hidup yang baik di mana kerajaan sentiasa memperkasakan taraf pembangunan pendidikan, sosio ekonomi orang asli dan berbagai lagi.

tiga anak orang asli ini harumkan nama negara dalam bidang sukan

Kredit: The Star

Contoh orang asli yang berjaya ialah Norashikin Mohamad Sayed. Gadis ini merupakan anak orang asli pertama yang mewakili negara dalam Sukan Layar. Norashiking mula menunjukkan bakatnya dalam bidang sukan layar bermula dengan berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang. Dia mengikuti bapanya Mohamad Sayed Abdullah, yang bersara sebagai pegawai di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Dia juga merupakan graduan dari UITM Perlis dalam jurusan Diploma Sains Sukan.

tiga anak orang asli ini harumkan nama negara dalam bidang sukan

Kredit: The Star

Kejohanan pertama yang disertai dalam sukan layar ialah di Port Dickson pada tahun 2006.

Pencapaiannya juga sangat memberangsangkan apabila dia memperoleh pingat perak Sukan Asia China 2010, pingat emas Kejohanan Kapal Layar Asia di China 2010, pingat gangsa Sukan SEA Myanmar 2012, pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 dan pingat perak Sukan SEA KL 2017.

tiga anak orang asli ini harumkan nama negara dalam bidang sukan

Kredit: Terengganu Times

Individu kedua and ketiga yang perlu diberi perhatian ialah Zumika dan Sasha. Mereka telah menempa nama dalam bidang sukan apabila mereka merupakan orang asli yang mewakili negara dalam Sukan SEA di KL 2017 dan paling manis mereka merupakan orang asli pertama yang meraih pingat dalam temasya peringkat ASEAN ini dalam sukan kriket.

Zumika dan Shasha Azmi membantu skuad kriket negara meraih pingat gangsa acara T20 Sukan SEA menewaskan Singapura dengan 52 larian menerusi sembilan over. Dua beradik ini merupakan suku Temiar dan berasal dari perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.

tiga anak orang asli ini harumkan nama negara dalam bidang sukan

Kredit: Terengganu Times

Zumika berusia 19 tahun dan Shasha pula berusia 17 tahun. Mereka berdua aktif bersukan sejak sekolah lagi. Zumika merupakan pelajar yang aktif mewakili sekolah dan negeri bagi acara bola baling dan lontar peluru manakala Sasha pula aktif dengan sukan lompat jauh. Bakat mereka mula dikesan bermula dengan kehadiran seorang jurulatih kriket yang menyedari kemahiran mereka berdua ketika pemilihan di peringkat sekolah. Kini mereka merupakan pemain kriket kebangsaan.

Untuk mendekatkan masyarakat awam bersama dengan orang asli, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan mengadakan Karnival Orang Asli 2017 buat kali pertama pada 24 hingga 26 November 2017, bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam bertempat di Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Objektif utama penganjuran karnival ini adalah untuk mengetengahkan keunikan kebudayaan pelbagai suku kaum, warisan, bahasa, kepercayaan dan amalan masyarakat orang asli melalui persembahan kebudayaan.

Terdapat pelbagai acara menarik yang telah disusun sepanjang karnival ini berlangsung antaranya ialah memperkenalkan kesemua 18 suku kaum orang asli di Malaysia, persembahan Coral Speaking oleh pelajar-pelajar orang asli, pertandingan menyumpit,

pertandingan karaoke, battle of the band dan cabutan bertuah kepada pengunjung. Malah, JAKOA turut menjemput pasukan PDRM Senoi Praaq untuk mengadakan persembahan tarian perang dan mengadakan pameran.

Jom ramai-ramai datang ke Karnival Orang Asli terbesar sekali di Malaysia!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.