Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Apa Agaknya Yang Anak-anak Dah Buat Tu Sampai Dua Selebriti Ni, Leya & Jep Pening Kepala?

Bukan Leya & Jep Je, kita sebagai ibu bapa dah tentu inginkan yang terbaik untuk anak-anak, kan?
Editor
02 Dec 2020, 05:23 PM

apa agaknya yang anak-anak dah buat tu sampai dua selebriti ni, leya & jep pening kepala?

Kredit: @sharifahaleya/instagram & @sariyanti/instagram

Tak mudah nak besarkan anak-anak ni. Ada banyak cabaran dan rintangan yang perlu dilalui oleh ibu bapa. Bukan sahaja dalam menyediakan keperluan asas tetapi dalam mencorak serta mencungkil bakat serta potensi anak-anak.

Dan sudah pasti setiap anak ini mempunyai minat, kecenderungan serta penerimaan berbeza dalam setiap perkara. Sebab itulah sebagai ibu bapa kita kena jauh lebih kehadapan daripada mereka.

Disebabkan nak beri yang terbaik kepada anak-anak inilah, Selebriti seperti Leya dan Jep ni pun pening kepala. Iyalah kejap si anak hendak itu, tak lama lepas tu mereka bosan dan mulalah minta yang lain.

Sabar je la...

Jom tengok apa agaknya perkara yang memeningkan kepala dua selebriti ni:

#1 Dari bola sepak, anak Jep nak main badminton la pula

Serba salah kan jadi ibu ayah ni? Kalau tak diturutkan minat anda kata tak beri sokongan. Tetapi bila dituruti pula sekejap je minat dah bertukar. Apa agaknya yang patut Jep buat?

#2 Anak kembar Leya beriya join taekwondo, tapi tak sampai 2 tahun dah mula bosan?

Ni satu lagi dilema yang sering dihadapi ibu bapa. Dah berhabis duit beli kelengkapan, tapi anak pula sekejap je bersemangat. Bila latihan makin susah, semakin liatlah nak berlatih. Siap bagi macam-macam alasan lagi!

Anda pernah lalui situasi ini? Realitinya majoriti kanak-kanak hari ni mudah berasa bosan dengan hobi mereka. Dan perkara ini tentunya membuatkan ibu bapa sedikit kecewa. Iyalah, dah belanja banyak tetapi hobi tu dibuat separuh jalan je.

Semua ini berpunca daripada kekurangan Grit (kecekalan) atau sifat positif berdasarkan minat untuk matlamat jangka panjang atau bahasa mudahnya, kurang kebolehan untuk bertahan dan cekal dalam sesuatu perkara.

Bila tiada Grit (kecekalan) ni, generasi muda akan cepat berputus asa, bosan, tiada kesungguhan, tiada keberanian, tiada ketekunan dan tekad, seterusnya akan menjejaskan kejayaan mereka di masa depan!

Menurut Angela Duckworth, ahli psikologi dan akademik, Grit (kecekalan) ni merupakan indikasi kejayaan individu dalam hidup.

Dan berdasarkan 2020 Grit Advantage Report dari kalangan ahli akademik mendapati sebanyak 74% mengatakan keseimbangan akademik dan aktiviti kokorikulum penting dalam memastikan perkembangan menyeluruh anak-anak.

71% bersetuju yang para pelajar hari ini berusaha mencari jalan pintas untuk memudahkan mereka belajar. 82% percaya yang kesungguhan dan semangat tidak berputus asa menjadi kayu penentu kepada penilaian awal terhadap kejayaan pelajar di masa depan.

Manakala 63% percaya yang pelajar akan mula putus asa apabila gagal, berbanding 71% bersetuju para pelajar akan lebih berjaya jika mereka menganggap kegagalan adalah pembakar semangat dan sebahagian daripada proses pembelajaran.

93% ahli akademik percaya yang grit ni penting dalam membina minat, kesungguhan dan karakter individu. Manakala 54% mengatakan Grit (kecekalan) membantu perkembangan kanak-kanak dalam berhadapan cabaran dunia sebenar.

apa agaknya yang anak-anak dah buat tu sampai dua selebriti ni, leya & jep pening kepala?

Kredit: Shutterstock

Tidak cukup dengan itu, repot ini turut menyatakan hasil survey dari kalangan majikan mendapati lebih daripada separuh majikan memilih untuk menggaji pekerja yang cemerlang keseluruhan dari sudut akademik dan kemahiran hidup berbanding yang hanya memiliki keputusan peperiksaan cemerlang.

Majoriti majikan jika bersetuju Grit (kecekalan)  memainkan peranan penting dalam membina karakter anak-anak dalam berhadapan cabaran dunia sebenar dan membentuk kejayaan masa depan. Mereka juga bersetuju yang golongan profesional muda hari ini suka bertukar-tukar kerja, yang mungkin disebabkan keinginan kuat untuk naik pangkat dan tangga gaji lebih cepat.

Hanya sebahagian majikan meletakkan pekerja profesional muda kurang keyakinan dan mudah berputus asa setiap kali ditimpa kegagalan. Tetapi 70% bersetuju pemimpin yang baik adalah yang mempunyai kesungguhan untuk belajar daripada kesilapan dan menggunakan kreativiti dalam menghadapi cabaran mendatang.

Repot ini turut menyatakan sebanyak 72% majikan bersetuju seandainya pihak sekolah dan universiti semai kesabaran dan kesedaran tentang tujuan hidup dalam diri setiap kanak-kanak untuk mempersiapkan mereka untuk kejayaan masa depan.

Jadi sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan untuk memberi dorongan dan kekalkan minat serta kesungguhan anak?

apa agaknya yang anak-anak dah buat tu sampai dua selebriti ni, leya & jep pening kepala?

Kredit: Shutterstock

Adakah anda merupakan salah seorang daripada ibu bapa yang kecewa dengan minat separuh jalan anak-anak? Apa pula pandangan anda tentang konsep Grit (kecekalan) ni?

Jom kongsikan cerita anda dengan kami!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.