Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

inspirasi

Dr Sheikh Muzaphar Kongsi Surat Yang Ditulis Sehari Sebelum Bertolak Ke Angkasa Pada 2007

Surat istimewa itu ditulis khas buat kedua-dua ibu bapanya pada tarikh 9 Oktober 2007.
Editor
19 Nov 2020, 03:19 PM

Angkasawan pertama Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi gambar sepucuk surat yang pernah ditulis olehnya sebelum meninggalkan bumi pada 2007 dalam sebuah hantaran di Instagram.

dr sheikh muzaphar kongsi surat yang ditulis sehari sebelum bertolak ke angkasa pada 2007

Surat istimewa itu ditulis khas buat kedua-dua ibu bapanya pada tarikh 9 Oktober 2007, sebelum beliau berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) bersama roket Soyuz dalam misinya sebelum ini.

“Saya menemui kembali surat yang saya tulis kepada ibu bapa saya pada 2007, sehari sebelum saya berlepas ke angkasa.

“Ketika itu saya berada di Baikonaur Kazakhstan, dikuarantin berseorangan selama dua minggu tanpa orang yang tersayang,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

dr sheikh muzaphar kongsi surat yang ditulis sehari sebelum bertolak ke angkasa pada 2007

Surat tersebut mengandungi bagaimana impiannya ingin menjadi seorang angkawasan menjadi realiti, serta luahan perasaan beliau kepada kedua ibu bapanya, dan hasratnya untuk melakukan perubahan yang lebih baik di dunia.

Cita-cita Dr Sheikh Muszaphar untuk ke angkasa bermula sejak beliau berusia 10 tahun. Dalam surat berkenaan, beliau menjelaskan tiada siapa menjangkakan cita-citanya itu akan tercapai, apatah lagi menjadi angkasawan pertama di Malaysia.

Bercerita lanjut mengenai surat berkenaan, ia jelasnya ditulis kepada kedua ibu-bapa kerana beliau terpaksa menjalani kuarantin untuk tujuan kesihatan dirinya “kerana selsema saja boleh menghalang dirinya untuk berlepas ke angkasa”.

Namun, beliau memberitahu bahawa dia ada berjumpa dengan kedua ibu bapanya sehari sebelum itu melalui penghadang kaca yang telah ditetapkan.

“Itulah kenangan lalu… Saya tidak pernah berkongsikan surat ini dengan sesiapa pun sebelum ini. Malah saya sudah terlupa mengenainya.

“Cuma hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua bagaimana perjalanan ke angkasa mengubah kehidupan saya secara keseluruhannya,” kongsi beliau.

Pada 10 Oktober 2007, Dr Sheikh Muszaphar mencipta sejarah sebagai warga Malaysia yang pertama berlepas ke angkasa bersama dua lagi kru dengan menaiki Soyuz TMA-11.

Beliau kemudian kembali ke bumi pada 21 Oktober, selepas 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa dan diumumkan sebagai angkasawan pertama negara pada tahun itu oleh perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sumber: Instagram / The Vocket

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.