Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

[VIDEO] Lan Solo Tak Sampai Hati Lihat Anak Menangis Rindu Nak Pergi Sekolah

Kesian dia menangis, sabar ya adik....
nura
01 Jul 2021, 01:53 PM

Penyanyi Lan Solo meluahkan perasaan sebak melihat anaknya Nur Aman Quxandra menangis kerana mahu pergi ke sekolah.

Dalam sebuah perkongsian di laman sosial Instagram, Lan muat naik sebuah rakaman video yang diambil daripada Instagram isterinya, Nur Sheila Hassam buat tatapan umum.

[video] lan solo tak sampai hati lihat anak menangis rindu nak pergi sekolah

“Anak aku dah rindu sekolah weh. Kes tak turun-turun lagi. Macam mana nak sekolah nak oii.. Daddy pun tak tahu sampai bila,” tulis Lan.

Menerusi perkongsian video berdurasi 57 saat itu, Sheila membawa anaknya ke sekolah siap berpakaian seragam dan beg sekolah. Namun, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) semua sekolah diarahkan tutup ketika ini.

 

 

Rata-rata warganet turut meluahkan rasa sebak di ruangan komen apabila melihat video itu dan memahami perasaan anak kecil tersebut yang sudah bosan kerana terpaksa kekal duduk di rumah ketika ini.

“Siannye wehh, sabar la sayang, acik pun tak dapat nak pergi sekolah mengajar ni. Anak-anak murid pun dah mengadu bosan,” tulis seorang wargamaya.

“Allahuakbar.. Kesiannya budak-budak pun tahu bosan nak sekolah nak jumpa cikgu dan kawan-kawan,” komen seorang wargamaya.

“Kita pun sebak kalau anak macam ini..faham sangat. Anak-anak dah rindu nak sekolah,” kata seorang lagi wargamaya di ruangan komen.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof selamat mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nur Sheila Hassam pada 6 Disember 2009.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad Akid Qassyraff, 5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun.

[video] lan solo tak sampai hati lihat anak menangis rindu nak pergi sekolah

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.