Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Semoga Maryam Dan Mawar Cepat Sembuh,” Anak Dan Bekas Isteri Fizo Omar Positif COVID-19

Anak dan bekas isterinya itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Editor
05 Jan 2021, 06:22 PM

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar mengesahkan bahawa anaknya, Wan Maryam dan bekas isterinya, Mawar Karim disahkan positif COVID-19 pada 1 Januari lalu.

“semoga maryam dan mawar cepat sembuh,” anak dan bekas isteri fizo omar positif covid-19

Menurut Fizo, anak dan bekas isterinya itu kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.

Namun begitu, Fizo bersyukur kerana keputusan ujian COVID-19 dirinya disahkan negatif.

“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya Wan Maryam dan bekas isteri saya, Mawar disahkan positif COVID-19 sejak 1 Januari dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

“Syukur Alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telahpun menjalani Swab test pada 2 jan 2021 dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” tulis Fizo di Instagram.

Fizo turut berpesan agar semua orang menjaga diri mereka degan mematuhi SOP dan agar dijauhkan segala penyakit terutamanya COVID-19.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua frontliners yang terlibat bertungkus-lumus untuk “berperang” dengan Covid-19 demi menjaga keselamatan kita semua.

“Pesanan kepada semua, jangan ambil mudah dengan COVID-19 dan patuhilah kepada segala SOP kerana ia memberikan kesan emosi yang sangat mendalam apabila terjadi kepada diri sendiri ataupun keluarga anda. 

“Saya sangat hargai doa anda semua. Semoga Maryam dan Mawar cepat sembuh dan seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi cabaran Covid-19 ini,” tulisnya lagi.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.