Dalam dia rupanya hati Johan As’ari sudah dimiliki oleh seorang pengusaha ladang ternak lembu, Dr Nazejulaiti Mahmud.
Dr Nazejulaiti Mahmud yang juga merupakan Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi mengatakan Johan menghadiahkannya senaskhah Al - Quran yang sama.
“Perkenalan kami baru enam bulan. Sepanjang tempoh itu diakui saya selesa berkawan dengannya. Dari awal pertemuan, dia hadiahkan saya al-Quran. Dari situ saja saya sudah berasakan ada sesuatu yang istimewa mengenai dirinya”
“Kami memiliki al-Quran sama yang lengkap dengan maksud dan terjemahan. Jadi, sebelum tidur atau pada waktu pagi dia suruh saya buka muka surat dan cari ayat tertentu. Kemudian, dia minta saya baca maksud ayat berkenaan sebelum dia buat huraian,” katanya.
Indah betul perkenalan mereka ni kan? Kami doakan hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. InshaAllah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.