Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Penyanyi Lagu ‘I Can See Clearly Now’ Johnny Nash Meninggal Dunia

Johnny Nash meninggal dunia akibat sakit tua.
Editor
07 Oct 2020, 03:50 PM

Dunia muzik reggae dan pop kehilangan seorang pemuzik terkenal, Johnny Nash yang popular dengan lagu hitnya I Can See Clearly Now meninggal dunia akibat sakit tua.

penyanyi lagu ‘i can see clearly now’ johnny nash meninggal dunia

Berita duka itu disahkan sendiri oleh anak lelakinya, Johnny Nash Jr. yang memaklumkan bapanya meninggal di rumahnya di Houston.

Tahap kesihatan Nash, 80, sejak kebelakangan ini semakin merosot sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Penyanyi yang dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat merupakan penyanyi pertama bukan berbangsa Jamaica yang merakam muzik reggae di Kingston, Jamaica.

Dilaporkan lagu I Can See Clearly Now ditulis ketika Nash pulih daripada pembedahan katarak dan telah jual lebih daripada satu juta unit serta menduduki puncak carta Billboard Hot 100 pada 1972 dan kekal di situ selama empat minggu berturut-turut.

penyanyi lagu ‘i can see clearly now’ johnny nash meninggal dunia

Nash membuat kemunculan pertama sebagai artis rakaman pada tahun 1957 dengan single A Teenager Sings the Blues.

Album studio terakhirnya adalah Here Again, dikeluarkan pada tahun 1986.

Dalam satu wawancara pada tahun 1973, mendiang Nash berkata: "Saya merasakan muzik itu universal. Muzik adalah untuk telinga dan bukan mengikut zaman.

"Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa mereka benci muzik. Tetapi saya tidak yakin saya mempercayainya."

Nash berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai dua orang anak.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.