Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Mohon Doa Agar Semuanya Dipermudahkan,” Datuk Awie Bakal Timang Cahaya Mata Keenam!

Tahniah Awie dan Sharifah Ladyana! Semoga segala urusan dipermudahkan!
Editor
12 Nov 2020, 01:28 PM

 Penyanyi rock dan pelakon terkenal Datuk Awie mengesahkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata keenam pada tahun depan.

Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 52 berkata kandungan isterinya, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, kini sudah masuki usia tujuh bulan ketika dihubungi pihak Gempak.

“mohon doa agar semuanya dipermudahkan,” datuk awie bakal timang cahaya mata keenam!

“Alhamdulillah, setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Ibu dan baby juga sihat-sihat sahaja.

“Tak ada apa yang ingin saya katakan, hanya memohon doa agar semuanya dipermudahkan,” katanya.

Menurut jangkaan doktor, Awie berkata anak sulung mereka itu akan dilahirkan pada tahun hadapan.

“Semoga segalanya dirahmati dan dilindungi Allah SWT,” ujarnya.

Berita gembira itu dikongsi menerusi akaun Instagram isteri vokalis Wings pada malam Rabu.

Menerusi video tersebut Awie menemani isteri membuat pemeriksaan rutin ibu hamil di sebuah hospital swasta di Ampang.

“Saya di sini bersama isteri untuk check kandungan tujuh bulan. Sudah lima anak saya dilahirkan di sini dengan satu doktor yang sama,” katanya merujuk kepada Pakar Obstetrik dan Pakar Sakit Puan Hospital Ampang Puteri, Dr. Fauziah Hj Mohd Hasan.

Sekadar info, Awie dan Sharifah Ladyana melangsungkan pernikahan pada 7 Oktober 2016 di Songkla, Thailand.

Terdahulu, Awie pernah berkahwin dengan penyanyi dan pelakon Arni Nazira pada tahun 1998 dan daripada pernikahan itu dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Puteri Aleeya Antasha, 19 dan Puteri Aleefa Antasha, 17.

Selepas perkahwinan mereka gagal, Awie bernikah dengan Rozana Misbun adik kepada aktres Haliza Misbun pada 2006.

Awie dan Rozana memiliki tiga orang anak hasil daripada perkahwinan mereka, iaitu Putra Ahmad Merrah,11, Putra Ahmad Rezzki, 10; dan Puteri Qasseh Antasha, 8.

Sumber: Gempak

  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.